Speeding up vaccination

Malay Mail: PM Muhyiddin: Malaysia to receive 16 million Covid-19 vaccine shots within next two months.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/06/05/pm-muhyiddin-malaysia-to-receive-16-million-covid-19-vaccine-shots-within-n/1979767

Kalaupun dapat 200,000 sehari. 30 hari cuma 6 juta. Kalau Jun cuma 3 juta, baru 9 juta. Mana lagi 7 juta? Sebab itu lah aku kata, bukan masaalah pembekal. Banyak sudah kes di seluruh dunia, pembekal vaksin sudah bekal, berbulan bulan tidak dapat bagi.

Kementrian kewangan buat aduan konon lockdown bernilai rm3 ribu juta sehari, tapi tidak sedar vaksin cuma rm3000 juta untuk kesemua 30 juta rakyat Malaysia, untuk selesaikan masaalah Covid serta merta.

Itu saja kah yang mampu, 200,000 sehari? Baru kerja 12 jam sehari. Kalau 24 jam boleh dapat 400,000 sehari.

Saya nampak cuma 5 orang yang di gunakan untuk memberi vaksin. Yang lain nya cuma buang masa buat kerja membaca IC, isi borang, ambil suhu berkali kali seolah satu penyukat tidak cukup.

Baris pertama ambil nombor, beri IC, scan MySejahtera dan suhu. Di buat oleh askar dan volunteer. Askar di gunakan untuk mengawal nombor di 8 barisan yang perlu.

Masuk bahagian, kementrian, periksa IC dan suhu, lagi, lepas tu isi borang. perlu 2 baris. 2 kali juga periksa IC.

Masuk pula bahagian hospital, tambah 4 baris lagi.
Periksa IC dan borang dulu, lepas tu bawa borang untuk interview. Periksa IC lagi. Takut salah orang. Itulah masaalah kalau banyak betul baris. Baru injek, dan lepas tu, interview lagi.

Apa salah nya di pendekkan jadi 3 baris sahaja. Bagi semua borang untuk di isi dulu sebelum masuk, jadi tinggal periksa sahaja. Lagi cepatkan.

Baris pertama di periksa MySejahtera dan IC fan semua borang di beri. Kementrian dan askar boleh berkerjadama lah di satu meja. Tidak perlu berlain meja dan berlain nombor goliran.

Baris kedua diperiksa borang dan interview sewaktu mahu di injek. Ini, dua kali interview juga. Tukang injik pun interview lagi, samaada allergi kah atau tidak. Apa salah nya satu meja supaya jururawat dengar sendiri apa yang di cakap dan nampak sendiri borang yang di isi. Lagi berkesan dari buat kerja berulang ulang dan tidak pasti pun betul sebab terpaksa berharap kepada orang lain, yang kita tidak tahu apa terjadi.

Yang ketiga, baru lah menunggu interview dan nasihat selepas di jarum . Tiga baris saja kan.

Ini yang selalu aku alami sewaktu membuat vaksinasi di klinik dan hospital suasta.

Comments

Popular posts from this blog

Tracking U.S. COVID-19 Vaccine Donations

Coronavirus is airborne: Nature

tests curb coronavirus pandemic